Welcome to our website !

mamadee's kitchen

eat well, live simply, laugh often.




Assalamualaikum semua pembaca. Apa khabar semua? Semoga tahun 2017 ni kita semua bertambah sukses. Kali ini mamadee tak nak cerita panjang-panjang. Just nak berkongsi resepi sotong telur masin yang sangat kebaboom lazat dan sedap ni. Mamadee rasa, jika masakan ini dinikmati di restoren  agak mahal harganya. Jadi untuk lebih ekonomi anda boleh menyediakannya sendiri di rumah. Senang sahaja untuk menyediakannya. Resepi ini mamadee ambil dari blog Fiza.

Bahan A
500gm Sotong 
1 cawan tepung jagung 
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan B
3 sudu makan mentega
2 pelepah daun kari 
7 tangkai cili padi - dicincang 
secubit gula
1 kiub ayam 
2 biji telur masin yang telah di rebus- ambil yang kuning sahaja & hancurkan



Cara memasak:

1. Bersihkan sotong dan potong bulat.

2. Campur lada hitam dengan tepung jagung dan golek sotong ke dalam tepung tersebut.

3. Goreng sotong tersebut dengan minyak panas, sebentar sahaja. Jika terlalu masak tekstur sotong tersebut akan keras.

4. Cairkan mentega dengan api kecil, lalu masukkan kuning telur masin yang telah di hancurkan sambil terus di kacau.

5. Jika telur masin mula berbuih, masukkan daun kari, kiub ayam, gula dan cili padi.

6. Kecilkan api dan campur sotong goreng ke dalam adunan kuning telur. Apabila telah sebati, bolehlah matikan api dan hidangkan.


Assalamualaikum semua. Mamadee ada berita gembira, resepi Mamadee ada dimuatkan dalam Majalah Saji keluaran Januari. Sila dapatkan dengan segera.
Majalah Saji kali ini bertemakan kuih muih sajian tradisional. Memang sedap-sedap semua resepi yang dipaparkan. Apa lagi, jom dapatkan segera di pasaran.




Assalamualaikum semua. Dah lama sangat rasanya mamadee tak berkesempatan update resepi di blog. Alhamdulilah mamadee dah balik ke Malaysia. Sebenarnya dah hampir dua bulan berada di Malaysia. Masih menyesuaikan diri dengan kerja dan kehidupan baru kami di sini.

Berbalik kepada resepi kali ini, sebenarnya tiramisu ini mamadee dah lama buat, sejak berada di Brisbane lagi. Tetapi tak berkesempatan untuk update resepi di blog. Resepi ini mamadee ambil dari Dr Ezani, masterchef Malaysia. Jom lihat resepinya.


Bahan-bahan:
3 BijiTelur
6 sudu teh gula
10 gram serbuk gelatin
40ml air panas
175 gram Keju Mascarpone
175 gram Krim Keju
250 ml Krim Memasak
Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan)
Jejari biskut Span
Serbuk Koko
Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla

Cara-cara memasak:
Asingkan kuning telur dan putih telur

Adunan 1:
Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning.
Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).

Adunan 2:
Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar.

Adunan 3:
Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.

Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.

  1. Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
  2. Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati.
  3. Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung.
  4. Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya.
  5. Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi.
  6. Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga.
  7. Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam.
  8. Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna.
  9. Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.
Alhamdulilah akhirnya buku-buku resepi Mamadee berjaya diterbitkan. Sejujurnya, tidak pernah terlintas di fikiran Mamadee suatu hari nanti Mamadee akan mempunyai buku resepi sendiri. Segalanya bermula dengan tawaran dari En. Hisham dan juga pihak MPH setahun yang lalu . Ketika menerima tawaran tersebut, terasa bagaikan bermimpi.

Mamadee diberi tempoh setahun untuk menyiapkan tiga buah buku resepi. Mamadee sangat bersyukur kerana pihak En Hisham dan MPH sangat memahami komitmen Mamadee sebagai pelajar disini. Pelajaran dan keluarga tetap menjadi keutamaan, jadi Mamadee menyusun jadual untuk mencuri ruang masa untuk menyiapkan resepi-resepi yang dimuatkan dalam buku-buku resepi ini. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dengan sokongan suami.

Dalam siri blogger masakan ini, terdapat tiga buah buku iaitu:


Masakan Pantai Timur






Masakan Thai





Snek Parti



 Buku-buku ini boleh didapati di MPH, Kinokuniya dan Borders seluruh Malaysia dan Singapura. 

Selain itu, anda juga boleh membuat pembelian secara online di sini. Pembelian secara online akan menerima 15% diskaun.


Dan yang paling penting, terima kasih buat semua pembaca blog Mamadee, walaupun blog Mamadee tidaklah popular mana tetapi anda semua masih setia berkunjung ke sini.  
Assalamualaikum semua. Semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja.   Hari ini mamadee ingin berkongsi satu resepi kegemaran mamadee sekeluarga, kimbap/ gimbap atau korean sushi.  
Terdapat perbezaan  antara kimbap dengan sushi jepun, iaitu nasi kimbap dicampur  dengan minyak bijan, manakala sushi jepun nasinya digaul dengan cuka. Sushi jepun juga biasanya disajikan dengan kicap atau wasabi, tetapi kimbap ini anda boleh makan begitu sahaja.

Terdapat pelbagai  pilihan filling yg anda boleh pilih untuk diisi didalam kimbap, seperti tuna, chicken  strip, beef dll.  Pendek kata, terserah kepada anda untuk berkreativiti dengan pilihan citarasa masing-masing. Kali ini mamadee memilih lamb sebagai filling.  Kimbap ini sangat sesuai  untuk dibawa sebagai bekal ke tempat kerja atau kesekolah dan juga untuk berkelah.

Jom lihat resepinya. 

Bahan-bahan 
1 cawan beras sushi
1/2 cawan air untuk memasak nasi
2 sudu teh minyak bijan
Sedikit garam
Nori / seaweed  untuk membalut kimbap

Bahan-bahan  filling
Carrot dihiris panjang-panjang dan dicelur
Bayam dicelur
1 biji telur untuk dijadikan telur dadar (Telur dadar dipotong panjang-panjang)
Daging lamb dipotong memanjang
2 sudu teh minyak bijan*
1 sudu besar kicap*
1 sudu teh lada hitam*

Cara menyediakan nasi.
1. Bersihkan beras. Masukkan beras dan air kedalam periuk.  Masak nasi seperti biasa.
2. Setelah nasi masak, masukkan kedalam bekas, campurkan minyak bijan dan garam kedalam nasi, gaul sehingga sebati. Ketepikan, biarkan nasi sejuk.

Cara menyediakan lamb filling.
1. Gaulkan lamb dengan bahan-bahan bertanda *.
2. Perap sebentar dalam 15 minit.
3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak, kemudian masukkan lamb yang telah  diperap tadi.
4. Goreng sehingga masak.


Cara assemble kimbap
1. Letakkan seaweed diatas bamboo mat.  Letakkan nasi diatas seaweed tadi. Ratakan nasi.
2. Kemudian letakkan bahan-bahan filling, telur, daging, carrot dan bayam.
3. Kemudian gulung kimbap dengan berhati-hati. 
4. Setelah siap digulung, ambil pisau dan potong kimbap dalam 1/2 inchi tebal. Sedia untuk dihidang